Friday, August 10, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri! ( 7 hari lagi )

Woohoo! Lagi seminggu je nak raya.. Dah beli baju raya? Warna apa? Mesti lawa kan.. =D Kuih raya dah buat belum? Kalau belum, pergi buat sekarang. Kalau tak pun, pergi beli.. Nanti takde orang nak datang rumah kalau takde kuih raya tau! Haha.. =) Bagi budak-budak sekolah macam saya, kitaorang dah tak sabar nak pegang duit raya! Betul tak, kawan-kawan? Hehehee.. =P Dah semangat gila nak raya! Hip hip hooray!!!!!!!! Tak sabar nak balik JB. Rindu Ameer, Acip, Aunty Pah, Uncle Lan, Baba Lok & semualah! Nyang pun.. ='( Al-Fatihah untuk rohnya. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.. =') Tak berapa nak meriahlah raya saya tahun ni.. Hmm.. Takpelah, yang lepas biarkan lepas.. Jangan sedih-sedih.. Dah, dah.. Jom ambil mood raya yang ceria lagi gembira~! =D Agak-agaknyalah, berapa duit raya saya dapat untuk tahun ni? Harap-harap banyak! Hihihihi...

Assalamualaikum & bye.. =)

Thursday, August 2, 2012

Happy Birthday Atok!

Good morning semua!

Yeah... Today is atok's birthday.. Hadiah ape ye nak bagi..
Hadiah yang terlintas di hati:

Rokok?

Jawapan dari minda: No way!! Membahayakan kesihatan diri serta orang di sekeliling.

Baju?

Jawapan dari minda: Tak cukup bajet.. :(

Pen?

Jawapan dari minda: Asyik bagi atok pen je.. Mesti atok boring..

Laptop?

Jawapan dari minda: Banyak cantik! Beli baju pun tak cukup duit.. :'(

Tabung?

Jawapan dari minda: Ha, ada pun idea bagus! Tapi.. orang tua suka menabung ke? Takpelah, keep this in mind..

Mug?

Jawapan dari minda: Ini pun bagus. Atok kan suka minum kopi.. Keep this in mind too..


Tak pasal-pasal minda jadi pakar pilih hadiah, hati pulak jadi pakar idea hadiah.. Hahaa.. OKlah, sekarang kena pilih tabung atau mug..

Tak pernah rasanya nampak atok menabung.. Yelah, selalunya atok simpan dalam bank.. Hmm..

Atok kan suka minum kopi, jadi mug tu sesuailah dengan beliau.. Jadi...

kita pilih MUG yang cantik tapi sesuai untuk orang lelaki!! Good job minda & hati! Hehehe...

Sekarang ni nak mandilah, pastu nak pergi sekolah.. Goodbye!! Jangan lupa mandi tau! :D

Monday, July 16, 2012

Tolong! Penyakit In The House!

Assalamualaikum!

Sekarang ni musim ceri-beri agaknya. Ceri-beri tu apa? Alaa.. Yang kita sakit perut dan ulang-alik pergi tandas tu. Faham? Tak faham? Tak faham sudah, buat-buat faham jelah. Seluruh keluarga saya terkena penangan penyakit itu. Mula-mula Uncle Fadil, kemudian Sufea, Ezara, atok, babah dan Danny. Hmm.. Kesian mereka, kan? Ezara yang terkesian. Baru 8 bulan dah kena masuk air dan kena duduk dalam wad. Nasib baik sehari je. :( Nasib baiklah saya, umi, Yasmeen, umi yan dan nenek tak kena. Kalau tak.. No school la jawabnye.

Untuk makluman semua, CERI-BERI ITU ADALAH PENYAKIT BERJANGKIT!! Bila orang yang kena tu buang air, tak cuci bersih-bersih, lepastu kita pergi pegang tangan dia. Itu salah-satu cara ia merebak. Lagi satu cara, orang tu dah buang air, tak cuci mangkuk tandas bersih-bersih, lepastu kita pulak duduk atas tu. Hmm.. Memanglah menggelikan, tapi ini informasi benar. Nurse dekat hospital yang cakap tau.

Oklah, dah pukul 11 malam ni. Esok sekolah. Dahlah semalam ponteng. :D Hehe.. Good night and sweet dreams.

Thursday, July 5, 2012

Orang JB Datang KL ( Part 2 )

Ameer dah datang dah. Ni ha, tengah bertenggek atas sofa sebelah saya ni. Hehehe... :P Baru jer lepas makan dengan dia. Ada ke dia kata saya 50% cantik, 0% baik? Cis! Saya balas balik, " Awak tu 20% hensem, 5% baik." Jujur la katakan. :) Oh ya, kami belum sempat main pun.. Umi, Aunty Pah & Aunty Yah pergi jalan-jalan cari barang. Ameer sibuk main bola dekat IPad. Acip & Danny? Entahlah, dah menghilang dari balik tadi lagi. Yasmeen? Join Acip & Danny ler tu. Macam mana nak main. Huhuhu.. Nanti nak ajak Ameer main lubang tikus, nenek-nenek & jambatan sudah roboh. Rindu games tu... :') Oklah, see you tomorrow, insyaAllah.

Byebye..

Orang JB Datang KL

Yeah! Ameer, Acip dan lain-lain nak datang KL esok! Diorang nak cari baju raya. Almaklumlah, KL kan syurga membeli-belah. Tapi.. Kalau nak cari baju raya je, mana sempat nak main, kan? Diorang datang tiga hari dua malam jer. Huhuhu.. Takpelah, akan diusahakan. Harapnya, Ameer tak ajak nak main bola lagi! Errr... Takut nanti kuku lagi sebelah pula patah. Ngeeee!! Janganlah jadi.. OKlah, InsyaAllah esok saya sambung, ye..

Assalamualaikum and Good Night!

P/S: Siapa puasa Nifsu Syaaban hari ni?? ;)

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa!

Assalamualaikum!

Hari ni Father's Day kan?? Kan..????? Dah wish ayah korang ke belum? Kalau belum pergi wish sekarang. Hmm... Agak-agaknya apa hadiah yang korang bagi? Perfume? Gel rambut? Mercedes?? Apa ?? Pening fikir nak bagi apa .. Huhu.. Bagi kad je boleh tak? Hadiah lain semua mahal-mahal. Tak mampu la.... HELP! Nak bagi apa?? Takpelah, nanti akan difikirkan.. :)

Pergi dulu. Bye bye. 

Tuesday, June 5, 2012

Happy Birthday to You!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ha, mesti dah musykil. Birthday siapa pula? Cuba teka. Saya? Salah.. dah lama berlalu. Danny? Dia anak merdeka. Lama lagi. Umi? Pun dah lama berlalu. Nak tau tak? Betul nak tau? Betul ke..?????? Haha.. saja je buat saspens. Birthday Sufea Nur, sepupu saya yang dikasihi. Tapi lagi dua hari birthday dia. Ini nak tanya ni. Ada idea tak nak bagi dia hadiah apa? Nak bagi basikal, bajet tak cukup. Kalau ada yang nak sponsor boleh la. Nak beli novel? Dia ni mula-mula je baca, lepastu tak habis. Err.. Baik tak payah kan? Tabung? Hmm.. okey juga. Dia suka menabung, tapi tabung dia kotak kecil. Bukan tak mampu, dia nak biar cepat penuh. Cehh!! Takpelah. Belikan juga. Sebagai seorang sepupu yang baik. :P Kek apa yang akan dibeli ya? Huhu.. Lapar pulak dah. Nak makan buah epal yang merah pink tulah. Yummy! Oh ya, sebelum saya chow, saya nak cakap, happy birthday kepada siapa yang menyambut birthday hari ni. Jangan lupa mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada sepupu saya pada 7 Jun nanti ya. Okey! Saya chow dulu. 

BYE BYE EVERYBODY.

Saturday, June 2, 2012

Tengok Wayang

Alloo semua.. Assalamualaikum.

Bestt.. Hari ni tengok wayang citer Men in Black 3. Mula-mula saya ingat nak ajak tengok cerita Hoore! Hoore! Alaa.. Filem muzikal tulah..  Senyap-senyap saya plan nak tidur dalam panggung. Ha, bila tengok je citer tu, terus mata terbuka bulat! Syok...~!! Cerita dia lawak campur saspens. Memang best lah. Korang tengoklah ye. Kalau tak sempat tengok wayang, beli CD. Kalau malas, tengok je kat Youtube. OK? Tengok tau! 

Bye for now. Jumpa lain waktu.  


Friday, June 1, 2012

Pada Suatu Minggu ( Last Part )

Pada 27 Mei 2012..

Pagi-pagi, lepas breakfast, main pingpong sekejap, lepastu terus terjun dalam kolam. Hehehe... Setelah puas berenang, kami pun mandi lalu bertolak pulang ke JB.

Pada 28 Mei 2012

Last day.. Waktu nilah main puas-puas. ;D

Pada 29 Mei 2012

Bye bye JB. We'll miss you! :')


Thursday, May 31, 2012

Pada Suatu Minggu ( Part 2 )

Jadi, pada waktu itu, tanpa berfikir panjang, kami pun mengemas beg masing-masing. Apa yang saya nampak, terus saya masukkan dalam beg. Dalam satu jam, kami sudah siap mengemas dan sudah masuk ke dalam kereta.

Pada 23 Mei 2012..

Kami sampai di Masjid Al-Hana pada pukul 3 pagi. Saya pun terus bersalaman dengan semua saudara-mara. Air mata sudah kering kerana menangis di rumah tadi. Masa nak bersalam dengan sepupu sebaya saya, Ameer Faris, saya tersenyum senget. Yalah, jumpa dalam keadaan mensayukan, mana boleh nak menjerit kegembiraan pula. Hish! Saya pun melangkah masuk masjid itu. Kelihatan jasad nyang terbaring kaku di atas katil. Mukanya kelihatan cerah sekali. Saya duduk diam-diam di suatu sudut. Nak baca Surah Yaasin, tidak boleh pula. Cuti. Ameer juga duduk di sebelah saya. Dia bermain dengan seekor belalang yang dijumpainya di tepi dinding. Saya hanya memandang. Ameer kata, nyang meninggal tepat pada pukul 9:50 malam. Kasihan nyang. Tidak sempat kami berjumpa dengannya. Saya dan Ameer mencium dahi nyang yang sejuk itu. Saya tertidur dengan Danny di sudut masjid itu. Ameer pula kata dia mahu menunggu waktu Subuh masuk.

8 pagi..

Saya balik rumah nyang yang tidak jauh dari masjid ditemani Ameer. Saya mandi lalu menyarungkan baju kurung yang dibawa bersama. Kemudian, balik semula ke masjid. Di masjid, sudah ramai saudara-mara datang. Ameer, babah, Danny dan jemaah lelaki yang lain solat jenazah lalu mengusung nyang ke kubur. Kami jemaah perempuan hanya duduk di masjid. 

Pada 24 Mei 2012..

Waktu ini, saya sudah boleh bermain. Ameer juga. Kesedihan kami telahpun berkurangan. Buat apa mahu bersedih lama-lama. Keluar air mata darah sekalipun, nyang takkan kembali. Ameer memperkenalkan saya dengan kawan-kawannya..

1) Khairul Azlee a.k.a Jali

Kawan baik Ameer. Suka main bola, macam Ameer. Kata Ameer, dia bakal pengganti Khairul Fahmi Che Mat. Pasukan bola sepak liga Inggeris kegemarannya, MU.

2) Wahyu

Anak yatim dan anak tunggal. Ibunya meninggal kerana kemalangan. Adiknya pula meninggal sewaktu dilahirkan. Perwatakan? Kelakar, tetapi ganas.

3) Abe 

Ameer dan Acip ( adik Ameer ) ejek dia tong gas. Darjah 6. Mulut dia memang tiada insurans punya.

4) Nazrul a.k.a Ayong

Darjah 4. Baik jugalah tapi dia bermain dengan cara tidak adil.

5) Sallehin

Pemalu. Terror juga main bola.

6) Ilham

Budak darjah 6. Pandai buat lawak tapi pendiam.


Semua lelaki. Ameer kan macho, mana ada kawan perempuan. Hak tui! Macho lah sangat. Kitaorang main bola, main lubang tikus, main jambatan sudah roboh, main nenek-nenek dan macam-lagilah. 

Pada waktu malam pula....

Pergi masjid, ada tahlil. Selepas selesai solah Maghrib, selesai bacaan Yaasin, selesai solat hajat dan selesai solat Isyak, kami pun makan. Itulah pertama kali saya makan dalam dulang. Terkulat-kulat saya memandang. Saya tanya tok pah, " Macam mana nak makan ni?" Tok pah ketawa lalu berkata, " Makan jelah." Saya pun makan. Syok juga! Pengalaman baru...

Pada 25 Mei 2012..

Pada hari itu, birthday Tok Chik ( atuk Ameer merangkap atuk saudara saya ). Patutlah semalam baik hati nak belanja kami makan roti canai. Haha.. :D Kamipun mainlah lagi. Permainan sama saja. Malam itu ada lagi tahlil. Makan dalam dulang lagi. Tanpa ragu-ragu dan malu, sayalah orang pertama yang menyuap makanan ke dalam mulut. Huhu, lapar!

Pada 26 Mei 2012..

Hari itu, kami ke Desaru. Sebenarnya, umi sudah booking di suatu hotel sejak sebulan yang lepas. Kami bercadang mahu ke sana pada hari itulah. Mula-mula ingat tak nak pergi sebab nyang baru meninggal, tetapi umi kasihan tengok kami budak-budak sudah betul-betul berharap mahu ke sana. Hmm... Best! Kami bermandi-manda di kolam renang sampai Maghrib! Dahsyat, bukan?

Sambung esoklah. Penat!


Tuesday, May 29, 2012

Pada Suatu Minggu...

Hmm... Korang ada moyang tak? Mestilah adakan. Saya pun ada juga. Moyang lelaki sebelah umi meninggal sebelum saya dan umi lahir lagi. Jadi, saya tak kenallah Nyang saya itu. Kedua-dua moyang lelaki dan perempuan sebelah ayah saya pula meninggal sewaktu saya berumur lebih kurang 4 atau 5 tahun. Jadi, saya tak berapa nak ingatlah. Satu-satunya moyang yang saya sangat rapat dengan ialah moyang perempuan sebelah umi, atau lebih senang kata nenek umi dan mak tok pah ( nenek ). Moyang itu bernama Sharifah Zaharah binti Syed Abdul Rahman. Saya dan sepupu-sepapat memanggilnya Nyang Arah. OKlah, nak tahu lebih lanjut bacalah lagi..

Pada 22 Mei 2012..

Jam menunjukkan angka 9:45 malam. Saya masih tergolek-golek atas tilam mencari posisi selesa untuk berbaring dan tidur. Pada minggu itu, saya sedang menghadapi peperiksaan PKSR 1. Jadi, saya mahu tidur sebagai persediaan untuk peperiksaan Bahasa Inggeris 1&2 dan Sains. Tiba-tiba.. telefon berdering. " Siapa pula yang call tengah-tengah malam ini?" Hati saya bermonolog. Babah ( ayah saya ) mengangkat telefon itu. " Hello?" " Oh, mak. Nak cakap dengan Julie ( nama panggilan ibu saya dikalangan keluarga ) ?" " Ling ( singkatan 'darling' ), Ling! Mak ni." Babah memanggil umi yang baru sahaja hendak lena. Umi pun bangkit. Saya pun mengikut dari belakang. Hati saya rasa tidak sedap. Maklumlah, jarang ada orang telefon kami malam-malam. Kalau ada pun, pekerja atau member babah. Ini tidak, tok pah yang menelefon. " Hello?" Selepas berbual dengan tok pah... " Enda Rah dah teruklah. Mulut dia berbuih." Kata umi kepada babah. Mereka pun terus berbincang sama ada mahu balik melawat atau tidak. Saya jadi tukang dengar dan tukang menyampuk sajalah. Akhirnya, Uncle Lan ( bapa saudara yang tinggal di JB ) menelefon babah. Babah terus berkata kepada umi yang sedang berbual dengan mama ( kakak umi )  melalui telefon, " Ling, Enda Rah dah meninggal." Mendengar itu, umi terus menangis teresak-esak. Saya turut sama menangis. Yalah, moyang terapat saya itu! Nenek kesayangan umi pula itu!

Jari sudah lenguhlah. Saya sambung esok boleh? Itupun kalau umi kasi.

Bye dahulu. Selamat malam.

Sunday, May 13, 2012

Mother's Day

Hari ini Hari Ibu. Hadiah apa yang korang beri ibu korang? Entah-entah bagi beg tangan jenama COACH. Fullamak! :P Saya yang masih budak-budak ini, mana mampu beli beg tangan berjenama ataupun Iphone. Huhu... bagi kad jelah. Kad buatan sendiri. Oklah kan, dari tak bagi apa-apa. Kautsar tempah bunga ros. Cantik! Warna merah. Suria pun sama. Bunga dia lagi cantik. Warna oren. Saya bukannya tak mampu, tapi terlupa. Logikkah saya terlupa? Hmm... 
Danny ( adik saya ) bagi umi ( ibu saya ) macam-macam. Coklatlah, sepitlah, penlah. Emm.. Saya ada juga bagi brooch yang dikait oleh ibu Suria. Mak dia jual. Siap bagi diskaun lagi! Peluang keemasan, fikir saya pada waktu itu. Saya pun belilah. Tersenyum lebar si Suria tu. Heh, yalah, ada orang lariskan jualan dia.  Okeylah, saya nak menikmati lunch Hari Ibu yang nenek masak. Yum, kecur air liur. 

Bye dan Assalamualaikum!!! :D

Friday, April 27, 2012

Malas Oh Malas...

Malas? Ramai yang ada penyakit ini. Saya pun sama juga. Malas mandi, malas belajar, malas semualah! Susah betul ada penyakit ini. Mesti tak dapat kecapi kejayaan. Huwaaaaaa.......... Macam mana nak hilangkan. DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN. WHERE THERE'S A WILL, THERE'S A WAY. Mesti jadikan kedua-dua pepatah ini dukungan hidup. Mesti, harus, wajib! I can do it!!!!!!!!!

Oklah, saya nak cuba atasi malas untuk mandi. Saya pergi dulu

Assalamualaikum. BYE!!!!! ;)

Friday, February 17, 2012

Hmmm....

Tak tahulah nak tulis apa.... Cuma apa yang boleh dikatakan adalah... BORING! Nak buat apa lagi? Kerja sekolah, dah siap. Main game, semestinya dah! ( Hehehe.. :P ) Kena tunggu malam lah! Nak pergi rumah nenek! Yes!!!!!!! Barulah syok! ( Err... Over acting sikitkan? )

Sekian.

Assalamualaikum. :)