Thursday, May 31, 2012

Pada Suatu Minggu ( Part 2 )

Jadi, pada waktu itu, tanpa berfikir panjang, kami pun mengemas beg masing-masing. Apa yang saya nampak, terus saya masukkan dalam beg. Dalam satu jam, kami sudah siap mengemas dan sudah masuk ke dalam kereta.

Pada 23 Mei 2012..

Kami sampai di Masjid Al-Hana pada pukul 3 pagi. Saya pun terus bersalaman dengan semua saudara-mara. Air mata sudah kering kerana menangis di rumah tadi. Masa nak bersalam dengan sepupu sebaya saya, Ameer Faris, saya tersenyum senget. Yalah, jumpa dalam keadaan mensayukan, mana boleh nak menjerit kegembiraan pula. Hish! Saya pun melangkah masuk masjid itu. Kelihatan jasad nyang terbaring kaku di atas katil. Mukanya kelihatan cerah sekali. Saya duduk diam-diam di suatu sudut. Nak baca Surah Yaasin, tidak boleh pula. Cuti. Ameer juga duduk di sebelah saya. Dia bermain dengan seekor belalang yang dijumpainya di tepi dinding. Saya hanya memandang. Ameer kata, nyang meninggal tepat pada pukul 9:50 malam. Kasihan nyang. Tidak sempat kami berjumpa dengannya. Saya dan Ameer mencium dahi nyang yang sejuk itu. Saya tertidur dengan Danny di sudut masjid itu. Ameer pula kata dia mahu menunggu waktu Subuh masuk.

8 pagi..

Saya balik rumah nyang yang tidak jauh dari masjid ditemani Ameer. Saya mandi lalu menyarungkan baju kurung yang dibawa bersama. Kemudian, balik semula ke masjid. Di masjid, sudah ramai saudara-mara datang. Ameer, babah, Danny dan jemaah lelaki yang lain solat jenazah lalu mengusung nyang ke kubur. Kami jemaah perempuan hanya duduk di masjid. 

Pada 24 Mei 2012..

Waktu ini, saya sudah boleh bermain. Ameer juga. Kesedihan kami telahpun berkurangan. Buat apa mahu bersedih lama-lama. Keluar air mata darah sekalipun, nyang takkan kembali. Ameer memperkenalkan saya dengan kawan-kawannya..

1) Khairul Azlee a.k.a Jali

Kawan baik Ameer. Suka main bola, macam Ameer. Kata Ameer, dia bakal pengganti Khairul Fahmi Che Mat. Pasukan bola sepak liga Inggeris kegemarannya, MU.

2) Wahyu

Anak yatim dan anak tunggal. Ibunya meninggal kerana kemalangan. Adiknya pula meninggal sewaktu dilahirkan. Perwatakan? Kelakar, tetapi ganas.

3) Abe 

Ameer dan Acip ( adik Ameer ) ejek dia tong gas. Darjah 6. Mulut dia memang tiada insurans punya.

4) Nazrul a.k.a Ayong

Darjah 4. Baik jugalah tapi dia bermain dengan cara tidak adil.

5) Sallehin

Pemalu. Terror juga main bola.

6) Ilham

Budak darjah 6. Pandai buat lawak tapi pendiam.


Semua lelaki. Ameer kan macho, mana ada kawan perempuan. Hak tui! Macho lah sangat. Kitaorang main bola, main lubang tikus, main jambatan sudah roboh, main nenek-nenek dan macam-lagilah. 

Pada waktu malam pula....

Pergi masjid, ada tahlil. Selepas selesai solah Maghrib, selesai bacaan Yaasin, selesai solat hajat dan selesai solat Isyak, kami pun makan. Itulah pertama kali saya makan dalam dulang. Terkulat-kulat saya memandang. Saya tanya tok pah, " Macam mana nak makan ni?" Tok pah ketawa lalu berkata, " Makan jelah." Saya pun makan. Syok juga! Pengalaman baru...

Pada 25 Mei 2012..

Pada hari itu, birthday Tok Chik ( atuk Ameer merangkap atuk saudara saya ). Patutlah semalam baik hati nak belanja kami makan roti canai. Haha.. :D Kamipun mainlah lagi. Permainan sama saja. Malam itu ada lagi tahlil. Makan dalam dulang lagi. Tanpa ragu-ragu dan malu, sayalah orang pertama yang menyuap makanan ke dalam mulut. Huhu, lapar!

Pada 26 Mei 2012..

Hari itu, kami ke Desaru. Sebenarnya, umi sudah booking di suatu hotel sejak sebulan yang lepas. Kami bercadang mahu ke sana pada hari itulah. Mula-mula ingat tak nak pergi sebab nyang baru meninggal, tetapi umi kasihan tengok kami budak-budak sudah betul-betul berharap mahu ke sana. Hmm... Best! Kami bermandi-manda di kolam renang sampai Maghrib! Dahsyat, bukan?

Sambung esoklah. Penat!


Tuesday, May 29, 2012

Pada Suatu Minggu...

Hmm... Korang ada moyang tak? Mestilah adakan. Saya pun ada juga. Moyang lelaki sebelah umi meninggal sebelum saya dan umi lahir lagi. Jadi, saya tak kenallah Nyang saya itu. Kedua-dua moyang lelaki dan perempuan sebelah ayah saya pula meninggal sewaktu saya berumur lebih kurang 4 atau 5 tahun. Jadi, saya tak berapa nak ingatlah. Satu-satunya moyang yang saya sangat rapat dengan ialah moyang perempuan sebelah umi, atau lebih senang kata nenek umi dan mak tok pah ( nenek ). Moyang itu bernama Sharifah Zaharah binti Syed Abdul Rahman. Saya dan sepupu-sepapat memanggilnya Nyang Arah. OKlah, nak tahu lebih lanjut bacalah lagi..

Pada 22 Mei 2012..

Jam menunjukkan angka 9:45 malam. Saya masih tergolek-golek atas tilam mencari posisi selesa untuk berbaring dan tidur. Pada minggu itu, saya sedang menghadapi peperiksaan PKSR 1. Jadi, saya mahu tidur sebagai persediaan untuk peperiksaan Bahasa Inggeris 1&2 dan Sains. Tiba-tiba.. telefon berdering. " Siapa pula yang call tengah-tengah malam ini?" Hati saya bermonolog. Babah ( ayah saya ) mengangkat telefon itu. " Hello?" " Oh, mak. Nak cakap dengan Julie ( nama panggilan ibu saya dikalangan keluarga ) ?" " Ling ( singkatan 'darling' ), Ling! Mak ni." Babah memanggil umi yang baru sahaja hendak lena. Umi pun bangkit. Saya pun mengikut dari belakang. Hati saya rasa tidak sedap. Maklumlah, jarang ada orang telefon kami malam-malam. Kalau ada pun, pekerja atau member babah. Ini tidak, tok pah yang menelefon. " Hello?" Selepas berbual dengan tok pah... " Enda Rah dah teruklah. Mulut dia berbuih." Kata umi kepada babah. Mereka pun terus berbincang sama ada mahu balik melawat atau tidak. Saya jadi tukang dengar dan tukang menyampuk sajalah. Akhirnya, Uncle Lan ( bapa saudara yang tinggal di JB ) menelefon babah. Babah terus berkata kepada umi yang sedang berbual dengan mama ( kakak umi )  melalui telefon, " Ling, Enda Rah dah meninggal." Mendengar itu, umi terus menangis teresak-esak. Saya turut sama menangis. Yalah, moyang terapat saya itu! Nenek kesayangan umi pula itu!

Jari sudah lenguhlah. Saya sambung esok boleh? Itupun kalau umi kasi.

Bye dahulu. Selamat malam.

Sunday, May 13, 2012

Mother's Day

Hari ini Hari Ibu. Hadiah apa yang korang beri ibu korang? Entah-entah bagi beg tangan jenama COACH. Fullamak! :P Saya yang masih budak-budak ini, mana mampu beli beg tangan berjenama ataupun Iphone. Huhu... bagi kad jelah. Kad buatan sendiri. Oklah kan, dari tak bagi apa-apa. Kautsar tempah bunga ros. Cantik! Warna merah. Suria pun sama. Bunga dia lagi cantik. Warna oren. Saya bukannya tak mampu, tapi terlupa. Logikkah saya terlupa? Hmm... 
Danny ( adik saya ) bagi umi ( ibu saya ) macam-macam. Coklatlah, sepitlah, penlah. Emm.. Saya ada juga bagi brooch yang dikait oleh ibu Suria. Mak dia jual. Siap bagi diskaun lagi! Peluang keemasan, fikir saya pada waktu itu. Saya pun belilah. Tersenyum lebar si Suria tu. Heh, yalah, ada orang lariskan jualan dia.  Okeylah, saya nak menikmati lunch Hari Ibu yang nenek masak. Yum, kecur air liur. 

Bye dan Assalamualaikum!!! :D