Friday, December 6, 2013

Perjalanan Semakin Sukar

Assalamualaikum. :)

Dah lama Zelia tak post dalam blog ni. Rindu tak? Hahaha! Sila muntah dengan sopan-santun jika ada yang sudah mula loya. Baiklah, seperti yang anda tahu atau mungkin juga tak tahu, keputusan UPSR sudah lama keluar. Anda mahu dengar cerita sepenuhnya atau saya terus bagitau keputusan saya? Saya nak cerita boleh tak? Lama tak menaip, nak exercise sikit jari-jemari ni. Hehe.

Debaran

14 November 2013, tarikh keramat bagi murid-murid darjah enam. Di sekolah saya, keputusan diumumkan pada jam 11:00 pagi. Sebelum itu, kami semua relaks je. Siap boleh main-main lagi. Namun, apabila Puan Isma ( guru kelas saya yang comel ) masuk kelas, kami semua terdiam. Beliau mengedarkan Surah Yassin yang kecil kepada kami semua untuk dibaca bersama-sama. Oh, baru kami sedar bahawa pada masa itu belum sesuai lagi kami bergembira. Kami membaca Yassin bersama-sama dengan penuh semangat dan khusyuk. Setelah itu, kami keluar untuk menikmati makanan di kantin. Saya hanya duduk menongkat dagu di hadapan rakan-rakan baik saya, Kautsar, Aqilah, Asyiqin dan Ainaa'. Pertama, sebab saya puasa sunat + ganti dan kedua, kerana jantung saya sudah berdegup terlebih laju. Dalam masa tidak sampai sejam, kami akan menerima keputusan UPSR. Kemudian, kami pun turun dan duduk di dewan. Ibu bapa sudah pun mula berkumpul di bahagian belakang. Murid-murid darjah lima pun ada. Melihat mereka, saya semakin panik, namun saya cuba bertenang. Saya dan Kautsar duduk di bahagian hadapan barisan kedua kelas saya ( barisan ada dua sebab perempuan terlebih ramai ). Kautsar sudah panik. Tidak habis-habis dia pusing untuk bercakap dengan saya. Selepas semua sudah berkumpul, YAB PIBG kami, Encik Suhaimi memberi ucapan diikuti dengan guru penyelaras darjah enam, Puan Syaliza. Puan Syaliza memberitahu bahawa murid yang mendapat 5A pada tahun itu ialah 29 per 149. ' Oh, ramai juga. Tapi siapa yang bertuah itu? Ya Allah, bantulah hambaMu ini..' Hati saya sempat berbisik disebalik degupan kencang jantung. Puan Syaliza mengumumkan murid-murid yang mendapat 5A dahulu. " Pertama, Ahmad Nabil, kedua ... " Baru saya sedar bahawa beliau mengumumkan nama mengikut abjad. Dan, untuk pengetahuan anda, nama saya bermula dengan Z dan sudah tentu nama saya diumum akhir! Wah, panik saya semakin menjadi-jadi apabila melihat Aqilah, Asyiqin dan Kautsar masing-masing naik ke atas pentas dengan wajah gembira. " Dan yang terakhir yang mendapat 5A dari kelas 6 Cemerlang, Zelia Umairah!"  Puan Syaliza berkata sambil tersenyum lebar. Wah, saya yang sudah tertunduk seperti kura-kura terus berdiri. Saya seperti berjalan diawang-awangan. Bibir saya terus-menerus mengukir senyuman. Kawan-kawan yang lain sudah mula menitis air mata kegembiraan. Saya? Seperti biasa, relaks. Hahahaha. :P

Begitulah kisahnya.. :) Baiklah, berbalik kepada tujuan saya menulis entri ni. Saya mendapat sekolah harian di SMK Wangsa Melawati, namun ibu saya minta tukar ke SMK Seksyen 5 Wangsa Maju kerana sekolah tersebut satu jalan dengan sekolah adik saya. Sekolah kawalan saya tidak mohon kerana semuanya jauh-jauh belaka. Oh dan mungkin anda tidak tahu bahawa saya telah memohon sekolah Kolej Yayasan Saad yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Saya dipanggil ke temuduga pertama, tapi malangnya, saya gagal. :( Mungkin bukan rezeki saya. Buat pengetahuan anda juga, saya tidak memohon SBP atas sebab-sebab tertentu. Namun, saya tidak melepaskan peluang memohon MRSM. Saya memilih program International General Certificate of Secondary Education ( IGCSE ). Ada juga program lain seperti akademik biasa dan juga Ulul Albab. Untuk penjelasan lanjut, sila klik sini. :) Saya akan mengambil temuduga di MRSM JB pada 10/12/2013. Doakan saya ya! :D

Terima kasih dan selamat malam! ;)

Friday, May 3, 2013

Karangan Biografi UPSR: Rakan Baik Saya

Assalamualaikum! Hari ni, Zelia rasa nak cuba buat karangan. Hahaha boleh tak? Hentam lah ek. xD Silakan membaca:

   Setiap orang mempunyai rakan baik, tidak terkecuali saya. Nama rakan saya itu Syarifah Nurul Kautsar. Namanya yang agak panjang itu membuatkan saya dan kawan-kawan yang lain hanya memanggilnya Kautsar.  Dia dilahirkan pada 5 Ogos 2001 di Hospital Pakar Ampang Puteri sebagai puteri bongsu kepada pasangan Syed Kamal Ariffin dan Juhaida Ismail. 

   Gadis yang berdarah campuran ini menjadi sahabat saya sejak kami darjah tiga lagi. Sikapnya yang ramah-tamah dan ceria ini membuatkan saya senang berkawan dengannya. Dia juga seorang yang rajin dan berbudi bahasa orangnya. Malah kebanyakan budi bahasa yang saya mempraktikkan sekarang ini hasil tunjuk ajar dan nasihat daripadanya.

   Kautsar merupakan antara murid paling cemerlang di sekolah kami. Kebijakkannya dalam matapelajaran Matematik dan Sains mendapat pujian daripada guru-guru dan rakan-rakan. Dia juga tidak kedekut ilmu dan sentiasa bersedia menolong jikalau saya tidak memahami sebarang soalan Matematik atau Sains. Sebagai balasan, saya akan menolongnya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

   Rekod disiplin Kautsar yang bersih sepanjang enam tahun di sekolah menjadikannya Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2013. Dia menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Disebabkan itu, dia menjadi idola kepada kebanyakan murid termasuklah saya.

   Hobi Kautsar ialah melukis. Mungkin hobi itu biasa-biasa dan tiada apa yang istimewa, namun bakat Kautsar menjadikan hobi itu unik sekali. Mana tidaknya, hasil lukisan yang dipanggilnya 'contengan' sungguh cantik seperti watak dalam cerita Jepun. Jikalau 'hasil contengannya' begitu cantik, apatah lagi lukisan yang diusahakannya dengan bersungguh-sungguh. Dia juga seorang gadis yang kreatif.

   Harapan saya, semoga persahabatan kami kekal sehingga akhir hayat. Saya berasa sungguh bangga mempunyai sahabat sehebat ini.


Wednesday, February 13, 2013

Cerita Hantu Baba Lok

Yo, Assalamualaikum! Hehehehe apa khabar semua? :) Semua sihat tak? Yang tak sihat tu pergi makan ubat. Ke nak kena cucuk jarum? Wuuu habislah habislah! Eh okeylah ni dah lari topik ni. Hahahhaha :p Hari ni Zelia nak cerita pasal cerita yang diceritakan oleh Baba Lok ( Nenek sedara saya merangkap nenek Ameer Faris ). Dah berapa banyak perkataan cerita tu? Dah dah, itu tak penting. Baca je cerita ni.

AMARAN: Sesiapa yang menghidapi penyakit jantung atau asma tidak digalakkan membaca. Segala penyakit tidak akan ditanggung oleh Zelia.

Pada suatu malam, Zelia sekeluarga telah melawat nenek Zelia, Tok Pah yang tinggal di Wangsa Melawati. Baba Lok( adik keempat Tok Pah ), Tok Chik (suami Baba Lok) dan anak mereka, Auntie Yah yang datang dari Johor Bahru telah melawat Tok Pah hari itu. Tok Ami Yassin ( adik bongsu Tok Pah ) sekeluarga pun ada. Jadi lepas makan malam, kami pun lepak-lepak di ruang tamu rumah Tok Pah. Jadi cerita Baba Lok pun bermula, "Lok, Idrus (Tok Chik) dengan Aliah tidur dekat Quality Hotel semalam. Kitaorang dapat bilik no. 706. Lok terfikir, 'Tak sedapnya nombor ni.' Tapi Lok ikut jelah. Takkan nak bantah pulak kan? Lepastu kitaorang naik bilik. Aliah tarik satu laci yang ada kat dalam bilik tu. Ada Al-Quran. Lok pun kagumlah, bilik ni ada Quran. Bagus betul. Tapi kiblat diorang tak tunjuk pulak. Nasib baik Aliah bawak iPad dia, boleh tahulah kiblat kat mana. Pagi tadi Aliah dengan Idrus pergi SOGO, Lok malas nak ikut jadi Lok pun tinggallah dalam bilik tu sorang-sorang. Orang dalam bilik sebelah pun keluar. Lok pun tarik nafas lega, " Bolehlah aku tidur dengan aman damai." Lok pun tutuplah TV. Baru nak tutup mata, Lok terdengar bunyi orang flush dari bilik air. " Eh diorang dah balik ke? Tapi kalau diorang dah balik, takkan aku tak dengar bunyi pintu terbuka." Bulu roma Lok meremang. Lok baca ayat kursi 7 kali. Lepastu Lok dah tak dengar apa-apa untuk beberapa saat. Kejap lagi bunyi orang flush untuk kedua kalinya. Lok baca ayat kursi 21 kali pulak. Lepastu dah takde bunyi tu dah. Beberapa minit lepas tu, pintu diketuk. Lok cepat-cepat bangun, ingat Aliah dengan Idrus dah balik. Bukak je pintu, tak ada orang. Terkejut Lok. Lok baca je semua ayat yang Lok ingat. Lok tak cerita sesiapa pu, Lok cerita dekat Mek (adik kedua Tok Pah) dulu. Mek kata pernah ada seseorang gantung diri dalam bilik air. Tak pasti bilik mana tak confirm tingkat 7. Tapi Lok rasa bilik 706 tulah."

Haa, scary tak? Uuuu Zelia fobia gila nak masuk toilet lepas tu. Hahahahaha. ;P Sebenarnya banyak lagi cerita seram-seram yang diceritakan malam tu. Tapi tangan Zelia dah lenguh. Nanti Zelia tulis pasal cerita mama (kakak umi) pulak. Lagi seram. Okey sekian. Assalamualaikum. :)

P/S: Kalau anda menginap di Quality Hotel dan penjaga hotel tu bagi bilik 706/mana-mana bilik di tingkat 7, silalah berhati-hati.