Friday, December 6, 2013

Perjalanan Semakin Sukar

Assalamualaikum. :)

Dah lama Zelia tak post dalam blog ni. Rindu tak? Hahaha! Sila muntah dengan sopan-santun jika ada yang sudah mula loya. Baiklah, seperti yang anda tahu atau mungkin juga tak tahu, keputusan UPSR sudah lama keluar. Anda mahu dengar cerita sepenuhnya atau saya terus bagitau keputusan saya? Saya nak cerita boleh tak? Lama tak menaip, nak exercise sikit jari-jemari ni. Hehe.

Debaran

14 November 2013, tarikh keramat bagi murid-murid darjah enam. Di sekolah saya, keputusan diumumkan pada jam 11:00 pagi. Sebelum itu, kami semua relaks je. Siap boleh main-main lagi. Namun, apabila Puan Isma ( guru kelas saya yang comel ) masuk kelas, kami semua terdiam. Beliau mengedarkan Surah Yassin yang kecil kepada kami semua untuk dibaca bersama-sama. Oh, baru kami sedar bahawa pada masa itu belum sesuai lagi kami bergembira. Kami membaca Yassin bersama-sama dengan penuh semangat dan khusyuk. Setelah itu, kami keluar untuk menikmati makanan di kantin. Saya hanya duduk menongkat dagu di hadapan rakan-rakan baik saya, Kautsar, Aqilah, Asyiqin dan Ainaa'. Pertama, sebab saya puasa sunat + ganti dan kedua, kerana jantung saya sudah berdegup terlebih laju. Dalam masa tidak sampai sejam, kami akan menerima keputusan UPSR. Kemudian, kami pun turun dan duduk di dewan. Ibu bapa sudah pun mula berkumpul di bahagian belakang. Murid-murid darjah lima pun ada. Melihat mereka, saya semakin panik, namun saya cuba bertenang. Saya dan Kautsar duduk di bahagian hadapan barisan kedua kelas saya ( barisan ada dua sebab perempuan terlebih ramai ). Kautsar sudah panik. Tidak habis-habis dia pusing untuk bercakap dengan saya. Selepas semua sudah berkumpul, YAB PIBG kami, Encik Suhaimi memberi ucapan diikuti dengan guru penyelaras darjah enam, Puan Syaliza. Puan Syaliza memberitahu bahawa murid yang mendapat 5A pada tahun itu ialah 29 per 149. ' Oh, ramai juga. Tapi siapa yang bertuah itu? Ya Allah, bantulah hambaMu ini..' Hati saya sempat berbisik disebalik degupan kencang jantung. Puan Syaliza mengumumkan murid-murid yang mendapat 5A dahulu. " Pertama, Ahmad Nabil, kedua ... " Baru saya sedar bahawa beliau mengumumkan nama mengikut abjad. Dan, untuk pengetahuan anda, nama saya bermula dengan Z dan sudah tentu nama saya diumum akhir! Wah, panik saya semakin menjadi-jadi apabila melihat Aqilah, Asyiqin dan Kautsar masing-masing naik ke atas pentas dengan wajah gembira. " Dan yang terakhir yang mendapat 5A dari kelas 6 Cemerlang, Zelia Umairah!"  Puan Syaliza berkata sambil tersenyum lebar. Wah, saya yang sudah tertunduk seperti kura-kura terus berdiri. Saya seperti berjalan diawang-awangan. Bibir saya terus-menerus mengukir senyuman. Kawan-kawan yang lain sudah mula menitis air mata kegembiraan. Saya? Seperti biasa, relaks. Hahahaha. :P

Begitulah kisahnya.. :) Baiklah, berbalik kepada tujuan saya menulis entri ni. Saya mendapat sekolah harian di SMK Wangsa Melawati, namun ibu saya minta tukar ke SMK Seksyen 5 Wangsa Maju kerana sekolah tersebut satu jalan dengan sekolah adik saya. Sekolah kawalan saya tidak mohon kerana semuanya jauh-jauh belaka. Oh dan mungkin anda tidak tahu bahawa saya telah memohon sekolah Kolej Yayasan Saad yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Saya dipanggil ke temuduga pertama, tapi malangnya, saya gagal. :( Mungkin bukan rezeki saya. Buat pengetahuan anda juga, saya tidak memohon SBP atas sebab-sebab tertentu. Namun, saya tidak melepaskan peluang memohon MRSM. Saya memilih program International General Certificate of Secondary Education ( IGCSE ). Ada juga program lain seperti akademik biasa dan juga Ulul Albab. Untuk penjelasan lanjut, sila klik sini. :) Saya akan mengambil temuduga di MRSM JB pada 10/12/2013. Doakan saya ya! :D

Terima kasih dan selamat malam! ;)