Wednesday, December 17, 2014

Lirik Lagu Perjalanan - SleeQ feat Kaka ☺

Syarif:
Salam semua,
izinkanku sampaikan kata-kata hatiku,
inginkanku pejamkan mata,
supaya bebasku bercerita.
Lihatlah gambaran impianku yang ku lukis sepanjang perjalanan,
merangkumi banyak contengan tapi tatkala ada lukisan.
Kadangku jatuh,ada juga masa ku buntu,
tapi ku teguh melangkah jauh,
hingga ku jejaki puncak gunung.
Pasti ku 'kan bertarung.

Kaka:
Biar...
Biarpun berjalan
Menepis deras hujan dan panas yang menyerang
Jangan ( jangan ) jangan kau menyerah atau mengaku kalah
Teruskan perjuanganmu

Alif:
One two, one two
Yeah
Kemana dia?
Tunggu aku berjaya
Lebih jauh daripada zaman sekolah
Ku lebih matang, pandangan aku luas
Sesaat kerja habis aku pandang ke tuas
Yeah aku yakin ini yang aku mahu
Ku belum cuba belum tahu
Dan kalau aku pergi mungkin kau tak setuju
tapi ku tetap menuju laju seperti peluru
Ke arah masa depan, ke arah hadapan
Mana kelas tambahan yang aku nantikan?
Kalau aku gagal, siapa ada jawapan
dan kalau aku gagal, siapa kawan hah?
Terima kasih buat mereka yang terus menyokong
Terima kasih buat mereka yang berbual kosong
dan walau apa pun yang akan berlaku
kalau aku sampai dulu aku tunggu.
Yeah
"aku dengar dia pilih jalan ini untuk berjaya,
aku dengar dia pilih jalan senang untuk kaya."
ada ramai yang cemburu ada yang mata merah
tetapi itu hadiah siapa sahkan salah, hah?
aku tak sombong mungkin segan saja
sudah lama kita tak jumpa pun tak cukup masa
aku tetap ada di sini, tak pernah dipaksa
aku harap kau buat sama

Kaka & Syarif:
Kadangku jatuh, ada juga masa ku buntu.
tapi ku teguh melangkah jauh,
hingga ku jejaki puncak gunung.
Pasti ku 'kan bertarung.
Biar...
Biarpun berjalan
Menepis deras hujan dan panas yang menyerang.
Biar...
Biarpun berjalan
Menepis deras hujan dan panas yang menyerang.

// sebagai seorang sleeQmovement saya amat mengagumi lagu baru SleeQ yang berganding dengan Kaka Azraff. jika anda seperti saya, iaitu suka mengkaji makna lirik lagu, maka lirik lagu ini buat kemudahan anda semua. :) saya mohon maaf jika ada kesalahan lirik, saya mengulangi lagu ini banyak kali untuk menangkap setiap bait-bait perkataan. jika ada salah, tegur saja, nanti saya betulkan! saya juga menaip lirik di sini saja kerana saya tak reti buat video hehe. :P maka hayatilah makna lagu di atas! assalamualaikum!