Thursday, May 31, 2012

Pada Suatu Minggu ( Part 2 )

Jadi, pada waktu itu, tanpa berfikir panjang, kami pun mengemas beg masing-masing. Apa yang saya nampak, terus saya masukkan dalam beg. Dalam satu jam, kami sudah siap mengemas dan sudah masuk ke dalam kereta.

Pada 23 Mei 2012..

Kami sampai di Masjid Al-Hana pada pukul 3 pagi. Saya pun terus bersalaman dengan semua saudara-mara. Air mata sudah kering kerana menangis di rumah tadi. Masa nak bersalam dengan sepupu sebaya saya, Ameer Faris, saya tersenyum senget. Yalah, jumpa dalam keadaan mensayukan, mana boleh nak menjerit kegembiraan pula. Hish! Saya pun melangkah masuk masjid itu. Kelihatan jasad nyang terbaring kaku di atas katil. Mukanya kelihatan cerah sekali. Saya duduk diam-diam di suatu sudut. Nak baca Surah Yaasin, tidak boleh pula. Cuti. Ameer juga duduk di sebelah saya. Dia bermain dengan seekor belalang yang dijumpainya di tepi dinding. Saya hanya memandang. Ameer kata, nyang meninggal tepat pada pukul 9:50 malam. Kasihan nyang. Tidak sempat kami berjumpa dengannya. Saya dan Ameer mencium dahi nyang yang sejuk itu. Saya tertidur dengan Danny di sudut masjid itu. Ameer pula kata dia mahu menunggu waktu Subuh masuk.

8 pagi..

Saya balik rumah nyang yang tidak jauh dari masjid ditemani Ameer. Saya mandi lalu menyarungkan baju kurung yang dibawa bersama. Kemudian, balik semula ke masjid. Di masjid, sudah ramai saudara-mara datang. Ameer, babah, Danny dan jemaah lelaki yang lain solat jenazah lalu mengusung nyang ke kubur. Kami jemaah perempuan hanya duduk di masjid. 

Pada 24 Mei 2012..

Waktu ini, saya sudah boleh bermain. Ameer juga. Kesedihan kami telahpun berkurangan. Buat apa mahu bersedih lama-lama. Keluar air mata darah sekalipun, nyang takkan kembali. Ameer memperkenalkan saya dengan kawan-kawannya..

1) Khairul Azlee a.k.a Jali

Kawan baik Ameer. Suka main bola, macam Ameer. Kata Ameer, dia bakal pengganti Khairul Fahmi Che Mat. Pasukan bola sepak liga Inggeris kegemarannya, MU.

2) Wahyu

Anak yatim dan anak tunggal. Ibunya meninggal kerana kemalangan. Adiknya pula meninggal sewaktu dilahirkan. Perwatakan? Kelakar, tetapi ganas.

3) Abe 

Ameer dan Acip ( adik Ameer ) ejek dia tong gas. Darjah 6. Mulut dia memang tiada insurans punya.

4) Nazrul a.k.a Ayong

Darjah 4. Baik jugalah tapi dia bermain dengan cara tidak adil.

5) Sallehin

Pemalu. Terror juga main bola.

6) Ilham

Budak darjah 6. Pandai buat lawak tapi pendiam.


Semua lelaki. Ameer kan macho, mana ada kawan perempuan. Hak tui! Macho lah sangat. Kitaorang main bola, main lubang tikus, main jambatan sudah roboh, main nenek-nenek dan macam-lagilah. 

Pada waktu malam pula....

Pergi masjid, ada tahlil. Selepas selesai solah Maghrib, selesai bacaan Yaasin, selesai solat hajat dan selesai solat Isyak, kami pun makan. Itulah pertama kali saya makan dalam dulang. Terkulat-kulat saya memandang. Saya tanya tok pah, " Macam mana nak makan ni?" Tok pah ketawa lalu berkata, " Makan jelah." Saya pun makan. Syok juga! Pengalaman baru...

Pada 25 Mei 2012..

Pada hari itu, birthday Tok Chik ( atuk Ameer merangkap atuk saudara saya ). Patutlah semalam baik hati nak belanja kami makan roti canai. Haha.. :D Kamipun mainlah lagi. Permainan sama saja. Malam itu ada lagi tahlil. Makan dalam dulang lagi. Tanpa ragu-ragu dan malu, sayalah orang pertama yang menyuap makanan ke dalam mulut. Huhu, lapar!

Pada 26 Mei 2012..

Hari itu, kami ke Desaru. Sebenarnya, umi sudah booking di suatu hotel sejak sebulan yang lepas. Kami bercadang mahu ke sana pada hari itulah. Mula-mula ingat tak nak pergi sebab nyang baru meninggal, tetapi umi kasihan tengok kami budak-budak sudah betul-betul berharap mahu ke sana. Hmm... Best! Kami bermandi-manda di kolam renang sampai Maghrib! Dahsyat, bukan?

Sambung esoklah. Penat!


No comments:

Post a Comment