Tuesday, May 29, 2012

Pada Suatu Minggu...

Hmm... Korang ada moyang tak? Mestilah adakan. Saya pun ada juga. Moyang lelaki sebelah umi meninggal sebelum saya dan umi lahir lagi. Jadi, saya tak kenallah Nyang saya itu. Kedua-dua moyang lelaki dan perempuan sebelah ayah saya pula meninggal sewaktu saya berumur lebih kurang 4 atau 5 tahun. Jadi, saya tak berapa nak ingatlah. Satu-satunya moyang yang saya sangat rapat dengan ialah moyang perempuan sebelah umi, atau lebih senang kata nenek umi dan mak tok pah ( nenek ). Moyang itu bernama Sharifah Zaharah binti Syed Abdul Rahman. Saya dan sepupu-sepapat memanggilnya Nyang Arah. OKlah, nak tahu lebih lanjut bacalah lagi..

Pada 22 Mei 2012..

Jam menunjukkan angka 9:45 malam. Saya masih tergolek-golek atas tilam mencari posisi selesa untuk berbaring dan tidur. Pada minggu itu, saya sedang menghadapi peperiksaan PKSR 1. Jadi, saya mahu tidur sebagai persediaan untuk peperiksaan Bahasa Inggeris 1&2 dan Sains. Tiba-tiba.. telefon berdering. " Siapa pula yang call tengah-tengah malam ini?" Hati saya bermonolog. Babah ( ayah saya ) mengangkat telefon itu. " Hello?" " Oh, mak. Nak cakap dengan Julie ( nama panggilan ibu saya dikalangan keluarga ) ?" " Ling ( singkatan 'darling' ), Ling! Mak ni." Babah memanggil umi yang baru sahaja hendak lena. Umi pun bangkit. Saya pun mengikut dari belakang. Hati saya rasa tidak sedap. Maklumlah, jarang ada orang telefon kami malam-malam. Kalau ada pun, pekerja atau member babah. Ini tidak, tok pah yang menelefon. " Hello?" Selepas berbual dengan tok pah... " Enda Rah dah teruklah. Mulut dia berbuih." Kata umi kepada babah. Mereka pun terus berbincang sama ada mahu balik melawat atau tidak. Saya jadi tukang dengar dan tukang menyampuk sajalah. Akhirnya, Uncle Lan ( bapa saudara yang tinggal di JB ) menelefon babah. Babah terus berkata kepada umi yang sedang berbual dengan mama ( kakak umi )  melalui telefon, " Ling, Enda Rah dah meninggal." Mendengar itu, umi terus menangis teresak-esak. Saya turut sama menangis. Yalah, moyang terapat saya itu! Nenek kesayangan umi pula itu!

Jari sudah lenguhlah. Saya sambung esok boleh? Itupun kalau umi kasi.

Bye dahulu. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment